bab 1


Jarum jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Mak Senah mengejutkan anaknya, Aleeya yang masih lagi dibuai mimpi indah.

“Al, bangun! Al, bangunlah! Dah pukul berapa sekarang? Bangunlah tolong ibu kat dapur. Banyak kerja yang perlu ibu lakukan pagi ni ”. Selesai Mak Senah mengejutkan anaknya, dia berlalu menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi. “ hairan, kebiasaannya dia bangun awal. Ni sudah pukul 10.30 tak bangun lagi” Mak Senah pelik.

Aleeya memeluk pinggang ibunya yang sedang mencuci pinggang mangkuk dari belakang. “ Ish, apa ni Al. Ibu sedang buat kerja ni. Al tak nampak?” tegas suara Mak Senah memarahi Aleeya kerana mengejutkannya.

“Alah ibu ni, Al gurau je. Ibu marahkan Al kan sebab Al bangun lewat. Al mitak maaf sebab bangun lewat. Semalam Al kena siapkan tugasan yang diberikan bos kat Al minggu lepas. Bos Al nak kerja tu cepat siap dan poskan secepat mungkin ke Kuala Lumpur tu. Maafkan Al ye ibu. Al janji takkan ulangi lagi lepas ni.” Cerita Aleeya kepada ibunya sambil memohon maaf atas kelewatannya bangun pagi ini.

“ Tak lah, ibu tak marah pun. Ibu marahkan kamu sebab suka sangat buat ibu terkejut. Nasib baik ibu tiada serangan jantung kalau tak...”

“Ish, ibu ni. Ke situ pulak. Okey, apa yang perlu Al tolong ibu ni?”  tanya Aleeya sambil memotong percakapan ibunya sebentar tadi.

“ Ibu nak Al tolong sapu sampah kat halaman rumah tu. Ibu tengok banyak daun-daun gugur kat halaman tu. Ibu rasa mungkin disebabkan ribut semalam kut.” Arah Mak Senah kepada anaknya sambil menunjukkan keberadaan penyapu lidi dan pengaut sampah.

“Baiklah ibu.” Aleeya menurut perintah.

....

Aleeya mengambil sebuah novel bertajuk ‘7 Hari Mencintaiku’ yang baru dibelinya semalam dan dibawa ke pondok untuk dibaca sambil mengisi masa bosannya. Sedang Aleeya membaca novel, Mak Senah menghampiri anaknya sambil membawa minuman dan sepinggan pisang goreng untuk dimakan bersama.

“ Eh, ibu. Duduklah”  pelawa Aleeya

“ Al, ibu nak cakap sesuatu dengan kamu. Boleh?” tanya Mak Senah  

“ Ni sejak bila pula ibu pandai minta izin kalau nak cakap sesuatu dengan Al? Ibu tak payahlah nak minta izin dengan Al kalau nak cakap sesuatu. Ibu cakap je apa yang ibu nak cakap. Apa yang ibu nak cakap dengan Al tadi?” tanya Al sambil berpesan kepada ibunya.

“ Ibu bukan apa. Ibu takut kamu marah tentang perkara yang ibu nak cakapkan ni.” terang Mak Senah kepada Aleeya kerana takut mengecilkan hati Aleeya.

“ Sebenarnya apa perkara yang ingin ibu cakapkan dengan Al?” tanya Aleeya ragu.

“ Umur kamu dah mencecah 27 tahun. Sepatutnya umur kamu sekarang dah boleh mendirikan rumah tangga. Ibu teringin sangat tengok Al naik ke jinjang pelamin. Ibu nak timang cucu walaupun seorang. Ibu bukan apa, kalau boleh ibu nak tengok kamu naik pelamin sebelum kedua mata ibu ini tertutup. Hanya kamu seorang  saja yang dapat ibu harapkan. Ibu nak harapkan adik kamu tu, dia masih belajar sekarang. Ibu nak dia belajar dulu baru berkahwin. Kenapa? Kamu belum sedia lagi ke nak kahwin?” Mak Senah meluahkan segala yang dihajatinya selama ini.

“ Ibu, Al bukan tak sedia nak kahwin tapi dah tak ada sesiapa pun berkenan dengan Al untuk dijadikan isteri bu. Dah la tak cantik, kekampungan pula tu.” Aleeya merungut.

“Ish siapa cakap anak ibu tak cantik? Beritahu ibu sekarang. Butalah dia kalau dia kata anak ibu tak cantik. Anak ibu ni sebenarnya cantik.” Tegas Mak Senah sambil bergurau.

“ Tak lah bu. Al gurau je.” Aleeya menceriakan suaranya.

“ Kenapa kamu tolak pinangan keluarga Halim? Setahu ibu, Halim dah lama minat dekat kamu. Dari sekolah menengah lagi kan? Halim tiada kekurangan bagi ibu. Dia kaya, kerja pun senang. Bagi ibu dia mampu membahagiakan kamu.” nyata Mak Senah yang masih belum puas hati lagi dengan jawapan anaknya, Aleeya.

“ Ibu, bukan Al tolak saja-saja tau bu. Al tahu perangai Halim yang sebenar ibu. Ya memang dah lama Halim sukakan Al ibu, tapi tidak semestinya Al terima macam tu saja. Cakap je suka tapi ramai lagi perasaan perempuan yang dia sering permainkan. Memang betul Halim lelaki yang kaya seperti yang ibu inginkan, tapi mampukah harta kekayaannya dapat membahagiakan Al. Tak bu. Al tak mengharapkan harta ibu, Al tak kisah walaupun semiskin mana pun dia asalkan dia mampu memberikan kebahagiaan untuk hidup Al. Al hanya ingin hidup bahagia bersama orang yang boleh ikhlas mencintai Al dan sayangkan ibu.” terang Aleeya kepada ibunya

“ Ye laa. Ibu faham. Tapi sampai bila kamu nak jadi anak dara macam ni?” tanya Mak Senah

“Okey, Macam ni. Kalau ada yang berkenan dengan Al lepas ni maksud Al ada yang datang meminang Al, ibu terima je lah pinangan diorang. Al terima, tapi kalau keluarga Halim datang ibu jangan terima ye. Al tak nak.” Aleeya membuat keputusan muktamadnya. Ya, kali ini Aleeya pasti dengan keputusannya. Memandangkan dia masih belum berpunya.

“ Betul ke ni Al? Ibu tak salah dengar kan?” Mak Senah curiga.

“ Betullah bu. Kenapa? Ibu nak suruh Al tarik balik kata-kata Al sebentar tadi?” Aleeya bergurau.
“Eh jangan Al. Ibu gurau je. Tapi Al yakin ke dengan keputusan Al ni?”

“Ya ibu. Kali ni Al serius dan tak main-main dengan keputusan Al dan Al sangat yakin. Insya-Allah, kali ni betul lah jodoh yang Allah kirimkan untuk Al.” Aleeya masih lagi dengan jawapannya yang tadi. Aleeya berharap keputusannya kali ini dapat mengembirakan hati ibunya.

“ Terima kasih Al.” Mak Senah memeluk erat anaknya sambil mengalirkan air mata. Terharu.

“ Kasih mu diterima, ibu” Aleeya membalas pelukan ibunya.

                          .....

    Sudah 2 minggu Aleeya berada di rumah ibunya. Sekarang tiba masanya untuk dia pilang ke Kuala Lumpur untuk meneruskan kerjanya yang tergendala.
     
    “ Mungkin banyak kerja yang perlu disiapkan selepas bercuti ni, ibu” rungut Aleeya kepada ibunya. Aleeya memang sengaja mengambil cuti yang panjang untuk melawat ibunya di kampung kerana setelah lama dia tidak pulang melawat ibunya di kampung.
     
    “Ibu, anak ibu pergi dulu ye. Jaga diri ibu elok-elok. Jangan terlampau penat buat kerja-kerja rumah ye bu.” Aleeya berpesan kepada ibunya sambil menyalami tangan dan mencium ibunya.
     
    “Ye lah. Kamu jangan risaukan ibu. Ada orang jaga ibu kat sini. Kamu pun jaga diri kat sana. Jangan kerana kerja kamu abaikan kewajipan kamu kepadaNya” Mak Senah mencium ubun rambut anaknya.
     
    “ Ye ibu. Al janji. Leef, kau janji dengan aku yang kau boleh jaga dengan baik. Telefon aku kalau ada perkara emergency” Aleeya berpesan ke adiknya, Aleef sambil mengetuk kepala adiknya.
     
     “Hey!! Apa main ketuk-ketuk kepala orang ni? Sakit tau. Nah Kak Al terima balasan semula. Hah! Sakit?” Aleef menarik rambut Aleeya. Aleeya menjerit kesakitan. Mak Senah memandang mereka dengan hati yang senang.
     
     “ Dahlah Al, nanti kamu lewat sampai sana.”
     
     “ Ye lah, bu. Al pergi dulu. Assalamualaikum” Aleeya masuk ke dalam kereta lalu memberi salam kepada ibu dan adiknya.

     
     “Waalaikumussalam” jawab Mak Senah dan Aleef serentak.