Cara Download Drama Korea ♥




Imej yang berkaitan

Assalamualaikum, semua.

Kirah dah lama tak update blog. Bukan busy tapi perangai malas tu sebati dah dalam diri. 
Satu lagi, Kirah tak tahu nak update pasal apa. Kirah macam katak bawah tempurung lah.
Isu semasa pun tak tahu. Tapi tak semestinya fully tak tahu eh, tahu jugak tapi tak ambik tahu sangat. Berbelit tak ayat tu? Hah, Kirah memang macam ni. Tak pandai susun ayat.

Okeh, sekarang Kirah nak ajar korang macam mana cara nak download K-drama ni. Tak semestinya K-drama je tau. Ada juga movie korea, drama Jepun dan drama Taiwan. Mungkin ada yang minat dengan drama selain drama korea kan. Hah boleh lah download. Tak payah nak pakai IDM atau U-torrent. Kirah pun baru je tahu macam mana nak download drama-drama ni. Sebelum ni Kirah hantu copy movie dari orang, tapi sekarang Kirah dah tahu cara download, status Kirah berubah jadi hantu femes sebab kawan-kawan semua cari nak copy. Haha. Stop mengarut !

( Back to our story )


1. Korang choose je antara 2 website ni. 

Biasanya kirah akan download dari website ni, sebab dia update cepat.
Tapi kalau kebanyakkan drama episode yang lepas-lepas punya, ada
yang tak boleh download. Mungkin dah delete kut. So, kalo rasa drama
tu dah keluar TV cepat-cepatlah download. Takut kena delete.


Kirah akan pakai website ni bila video dah kena delete dekat web
Dramafire tu. Tapi yang tak bestnya Dramago ni, korang kena download
satu persatu. Maksudnya, dia ada part 1 - part 4 untuk satu episode. So,
kenalah sadokan hati korang eh untuk download.


2. Then, korang click DRAMA DOWNLOADER




3. Korang scroll ke bawah untuk kotak search Dramafire. Untuk Dramago, korang akan nampak kotak search tu dekat atas sebelah kanan. Korang taip lah drama apa yang korang nak.





4. Dia akan keluar senarai episode.

Yang kirah bulatkan merah tu untuk dapatkan episode
sebelumnya


5. Korang klik pada episode yang korang nak download tu. Okeh, kalau dah klik, dia akan keluar macam gambar kat bawah tu kan? So, korang copy link website tu ( Kirah kotakkan hijau ).




6. Paste kan pada website DRAMA DOWNLOADER and click continue.

Paste dekat kotak tu ye ♥

7. Setiap website dia kan keluar lain-lain dia punya cara. So, korang ikut berpandukan gambar yang kirah bagi.

DRAMAFIRE
Klik Download (Server 2)



Scroll ke bawah sikit. Korang tekan download.


DRAMAGO

Korang klik part by part tau. Ikut susunan lah kalau nak mudahkan
kerja korang.

Keluar je macam ni, korang tekan anak panah download tu.
Macam kirah bulatkan tu.

8. Okey korang just tunggu je lah semua drama korang siap download.

Slow atau cepat, semua depends on korang punya internet. Tapi setakat ni kirah takde lah download sampai sejam menunggu. Dalam 30 minit gitu je. Mungkin internet laju kot. Jangan kecam kirah. hehe.. Apa-apa pun depends internet korang tau. Kalau yang part-by-part tu lagi sekejap sebab dia tak banyak MB.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jom ikut jejak Kirah jadi hantu femes !