Giveaway Raya by Mrs Pip




Assalamualaikum ♥

Kirah nak ajak korg join n support Mrs Pip punya GA. Jom join ramai2. Mungkin rezeki korg kalo menang kan? Hee.. 

syarat-syarat Giveaway Raya by Mrs Pip ni sangat mudah :-
1/ Buat tajuk "Giveaway Raya by Mrs Pip" dan letakkan banner di entry tersebut, dan backlink-kan semula

2/ Follow blog Mrs Pip

3/ Follow Google+ Mrs Pip

4/ Kongsikan (secara ringkas) pengalaman terindah di Bulan Puasa yang anda pernah lalui

contoh #1: Pengalaman terindah di bulan puasa saya ialah berbuka puasa bersama Perdana Menteri ...

contoh #2: Pengalaman terindah di bulan puasa yang pernah saya lalui ialah berjaya mengerjakan umrah di tanah suci Mekah ...

5/ dah siap buat entry? jangan lupa letakkan link entry anda di kotak komen di bawah :)


PENGALAMAN TERINDAH


Kirah start duk asrama time form 1. Sampai sekarang kirah x pernah merasa nikmat sebulan puasa dengan family. So, pengalaman terindah kirah time kecik2 dulu je. Pengalaman yang kirah betul2 ingat sampai sekarang time bulan puasa ni ialah meretakkan tangki najis rumah kirah. Time ni kirah darjah 5. Petang lepas je balik sekolah, abang kirah ajak main mercun sbb kawan dia bagi mercun bola sebijik. kitorg ada chance main mercun sbb umi dengan abah takde tambah pulak mercun bola (bahaya). Kalo x satu taman kena kejar. Kitorg x tahu nak pasang kat mana mercun tu sbb bunyi dia kuat. Nanti kantoi dengan jiran. Then, abang dpt idea letupkan dalam tangki najis rumah kurang sikit bunyi dia. Korg boleh imagine x tangki najis yang penutup simen tu. Dia ada lubang kat tengah2 bulatan. Korg google lah ek kalo xpernah tengok. Kat situ lah kitorg campakkan mercun lepas bakar. Then, dah campak kitorg tutup lubang bulat tu dengan bata besar. Bukan yang kecik biasa kita tengok tu. Kitorg lari betul2 jauh takut efek lain. Penakut jugak. Bila dah meletup tu, penutup tangki tu retak dan batu yg kirah buat tutup lubang tu tercampak bersama dengan najis2 a.k.a tahi dalam kumbahan tu. Bersepah habis atas rumput. Tapi kitorg gelak2 je. Malam tu baru nangis sbb kena rotan dengan wayar paip. Abang kirah biru atas belakang, kirah biru dekat betis dengan peha. Lepas tu serik dah main mercun.


Macam tu lah kisahnya. Ingatan! jangan jadi macam kirah tau. Memang masak kitorg kena marah dengan abah malam tu. Umi lah yang baik tolong sapukan minyak dekat kitorg. Tapi masing2 dah besar, abah pun dah x garang macam dulu lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan