Stereng kereta ter 'lock'


Assalamulaikum  n selamat pagi ♥

Kirah nak story sikit pasal topik ni. 

1# Benda ni pernah jadi kat kirah. Kirah parking kereta then dah siap matikan enjin. Tapi kirah lupa nak adjust tayar kasi straight. Kirah x hidup dah enjin kereta, terus main pusing gitu je, lps tu bunyi 'tek'. Kirah cuak kot, takut ada benda dalam stereng tu patah. Kirah teruskan je pulas stereng tu x dpt dh. X boleh nak gerak langsung. Adik kirah kat sebelah dah gelabah takut x boleh balik. Kirah try nak start enjin tapi kunci pun x boleh pulas. Kirah dah start nak nangis. Dah lah malam. Kirah call abah cakap yg stereng kereta jadi macam tu. Panjang story kirah kat abah tp abah langsung x paham. Nasib baik along dengan umi pernah alami benda ni. So, dia bagithu macam mana nak unlock balik stereng tu. 

2# Kwn umi pernah eksiden sebab stereng kereta dia ter'lock' tiba2 time drive dan terbabas ke tepi jalan. Alhamdulillah takde pape berlaku. Tapi trauma mesti ada kan? Masa pak cik tu cakap dia tengah selekoh tiba2 stereng x boleh gerak dan terus terbabas. Brek dan airbag x berfungsi. 

3# 2 minggu lepas, ada satu eksiden dekat area rumah kirah. Bunyi2 citer, stereng kereta tu ter'lock' time tengah drive. Then, terbabas masuk jalan bertentangan dan berlanggar dengan kereta dari arah tu. Pemandu yang keretanya terbabas meninggal kat tempat kejadian. Manakala sebuah lagi tu selamat dan takde kecederaan. Dah macam penulis berita pulak. Heee..

So, apa pendapat korang pasal ni? Korang pernah alami x? 

Cara un'lock' stereng kereta time parking :

Jangan gelabah

1. Masukkan kunci
2. Pusing stereng kiri-kanan bergilir-gilir serentak dengan tekan kunci

Buat sampai jadi. X lama pun. Bagi yg dah tahu benda ni sejak dulu lagi mesti rasa kelakar kan. Ialah benda ni dah lama kot. Tp bagi yg x tahu mesti macam kirah. Baru nak gelabah. Kalo jiwa x kental memang nangis terus dah. Lagipun kirah masa baru dapat lesen. Mana nak tau lagi pasal benda2 macam ni.

Tapi untuk stereng ter'lock' time drive tu, x boleh nak buat pape. Abang kirah cakap dia pernah ter'lock' time drive. Tapi nasib dia baik sebab time tu dia bawak slow. Jadi x teruk sangat lah.

Pengalaman mendewasakan kita !

Pape pun hati2 memandu ♥

2 ulasan:

  1. Uwaaa sikit lagi nak nagis nasip aku sempat Google terbaik LA haha

    BalasPadam
  2. Terima kasih 🌹

    BalasPadam